Cuai solat jumaat berdosa besar, tegas Timbalan Mufti Perak

Cuai solat jumaat berdosa besar, tegas Timbalan Mufti Perak

1. Semua sedia maklum bahawa solat Jumaat itu adalah satu kewajipan yang haram diremeh dan dicuaikan perlaksanaannya. Meninggalkan solat Jumaat secara sengaja secara cuai tanpa keuzuran syara’ adalah berdosa besar tanpa menunggu sehingga tidak melaksanakannya 3 kali berturut-turut seperti yang difahami oleh sebahagian orang.

2. Dalil-dalil al Quran dan al Hadith yang sahih sangat jelas berkaitan pensyariatan solat Jumaat, dosa dan ancaman bagi yang meninggalkannya tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.

3. Isu pendemik Covid 19 sebagai salah satu keuzuran yang dibenarkan oleh syara’ untuk sebahagian besar lelaki-lelaki muslim untuk tidak menunaikan solat jumaat untuk beberapa minggu lalu , adalah satu perkara yang mempunyai kewajaran dari sudut syara bagi mengekang penularan wabak covid 19.

4. Mengambil kira perkembangan terkini dan atas nasihat pihak Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan dan pandangan dari sudut Syariah maka masjid-masjid telah dibenarkan menunaikan solat Jumaat secara berperingkat-peringkat dengan mematuhi SOP yang ditetapkan tetapi masih belum mampu menampung bilangan lelaki-lelaki yang wajib menunaikan solat Jumaat.

5. Maka apabila siaran Maipk yang bertarikh 16 Zulkaedah 1441H \ 8 Julai 2020 yang menzahirkan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan solat Jumaat boleh diadakan di surau-surau yang didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) juga kepada surau-surau di institusi pendidikan, kem tentera, berek-berek PDRM, jabatan dan pejabat-pejabat kerajaan yang mempunyai ruang keluasan solat yang sesuai serta berupaya memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, TIADA lagi alasan untuk masih cuai dan meremehkan solat Jumaat.

6. Antara beberapa bentuk kecuaian di dalam meremehkan solat Jumaat di kalangan masyarakat adalah seperti :-
i. Sengaja tidak pergi solat Jumaat walaupun nama tersenarai di dalam giliran menunaikan solat Jumaat.
ii. Sengaja memberikan giliran solat Jumaat kepada orang lain sedangkan tiada keuzuran syara untuk diri dia.
iii. Tidak berusaha memaklumkan kepada ajk masjid , jika nama sudah berminggu2 tidak tersenarai.
iv. Tidak berusaha datang awal ke masjid-masjid yang mengamalkan sistem siapa yang datang awal ke masjid dibenarkan untuk solat .
v. Apabila ke bawah DYMM Sultan Perak memperkenankan solat Jumaat di surau-surau semasa fasa PKPP, maka KEWAJIPAN ajk qaryah masjid memastikan surau-surau yang berada di bawah naungan masjid berkenaan berusaha menampung Jemaah lelaki yang tidak dapat solat jumaat di masjid atau di surau diri jumaat sedia ada. Bukan setakat membiarkan surau berkenaan memilih untuk melaksanakan solat Jumaat atau tidak, kerana maksud kebenaran itu adalah untuk membolehkan semua lelaki muslim solat Jumaat setiap minggu.

7. Jangan sampai ada di kalangan lelaki-lelaki muslim merasa lazat untuk berterus-terusan meninggalkan solat Jumaat sewenang-wenangnya begitu sahaja.

DATO HJ ZAMRI HASHIM
Timbalan Mufti Perak.
8 Julai 2020 \ 16 Zulkaedah 1441H

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    Thanks so much for the blog post.

  • Disqus ( )