Jangan Jadikan SPRM Alat Menindas Pembangkang, tegas AMANAH

Jangan Jadikan SPRM Alat Menindas Pembangkang, tegas AMANAH

1. Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya tidak menjadikan SPRM sebagai alat bagi menindas pembangkang. Hal ini berikutan seorang demi seorang pimpinan pembangkang dipanggil untuk disiasat dengan cara yang langsung tidak profesional.

2. Terbaru Wisma Parti AMANAH Negara digeledah oleh pihak SPRM tanpa memberikan waran kepada pihak keselamatan pejabat. Tindakan tersebut disusuli dengan permohonan reman terhadap saudara Mohd Azhar bin Che Mat Dali. Tindakan ini pada hemat kami amat keterlaluan kerana tiada keperluan untuk memohon reman melainkan saudara Azhar tidak memberikan kerjasama apabila dipanggil oleh pihak SPRM.

3. Penindasan ini bukan sahaja dilakukan terhadap barisan pimpinan pembangkang di Semenanjung, tetapi juga di Sabah. Pimpinan Parti Warisan Sabah disiasat atas kes lama yang telah selesai dan pada masa yang sama, bekas Ketua Menteri Sabah dibebaskan dari segala tuduhan rasuah.

4. Semua ini dilakukan seolah-olah bagi memberi gambaran buruk terhadap Pakatan Harapan dan Warisan, selain cubaan ‘membeli’ sokongan daripada pemimpin pembangkang menjelang 13 Julai ini. Ahli-ahli Parlimen yang gagal ‘dibeli’ dengan ‘scheme of thing’, kini diugut dengan SPRM agar sokongan diberikan kepada Perikatan Nasional.

5. Begitu juga dengan laporan SPRM yang dibuat oleh pihak pembangkang pula seolah-olah tidak dipedulikan apabila tiada respon daripada pihak SPRM, hatta makluman menerima aduan pun tidak diberikan kepada pihak pengadu.

6. Justeru, Pemuda AMANAH Nasional melihat Perikatan Nasional menjadikan SPRM sebagai alat menekan pihak pembangkang. Tindakan PN memperalatkan SPRM pastinya akan menyebabkan kredibiliti SPRM sebagai badan bebas yang dipercayai akan terjejas.

YB Taqiuddin Cheman
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional

9 Julai 2020

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • Disqus ( )