Umno kata Dr Latif contoh MP yang boleh djual beli

Umno kata Dr Latif contoh MP yang boleh djual beli

Umno menyifatkan Menteri Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latif Mohamad adalah contoh Ahli Parlimen yang boleh dijual beli.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Umno Bahagian Mersing, Mohd Youzaimi Yusof, dalam satu suratnya kepada Ahli Parlimen Mersing yang kini menjadi ahli Bersatu itu.

“Umno adalah parti keramat ini bukanlah parti yang boleh dijual beli tetapi yang boleh dijual belia adalah Ahli Parlimen seperti Datuk, yang mudah ke sana dan ke sini…” tulis Mohd Youzaimi kepada Latif dalam satu surat yang kini disebarkan dalam media sosial.

Dr Latif dan enam lagi MP Umno menyertai Bersatu awal tahun 2019 lalu. Beliau dilantik sebagai menteri apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ditubuhkan.

Surat Youzaimi adalah kemuncak kemarahan Umno kepada Latif selepas serangan bertubi-tubi yang dibuat Ahli Parlimen Bersatu itu kepada Umno.

Sebelum ini Latif selalu sahaja menyerang Umno termasuk dalam majlis terbuka anjuran Mara yang terletak di bawah kementerian beliau.

Di Felda Tenggaroh, Johor, Latif mendakwa Umno adalah parti sarkas apabila berkata, “Alif Min Nun tendang Wau jadi sarkas”.

Di majlis anjuran Mara itu, Latif berkata, Umno Sabah tidak laku.

Di media sosial pula, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, mujur Dr. Latif tidak dibaling dengan batu dan telor busuk.

“Sedarkah Latif, di Mersing PPBM hanya ada 5 cawangan. Lakukah itu?” tanya bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu.

Beliau seterusnya bertanya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apakah Latif akan dikekalkan lagi sebagai menteri.

“Nak tanya PM, nak simpan lagikah Menteri macam ini,” tanya bekas Ketua Pengarah Jasa, badan yang ditubuhkan untuk menjadi pembela kerajaan BN sebelum ini.

Bagi beliau, Umno Mersing mesti bertegas ambil balik kerusi Mersing.

“Tengok siapa yang laku?” kata Puad lagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    bookmarked!!, I like your blog!

  • Disqus ( )