Pengorbanan Bersatu Perak yang sia-sia, bersedialah ditalkin Umno

Pengorbanan Bersatu Perak yang sia-sia, bersedialah ditalkin Umno

Sayugia Pemuda AMANAH Negeri Perak ingin merujuk kenyataan Pengerusi Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad pada 9 Julai yang lalu yang mencadangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibubarkan dan keseluruhan ahlinya menyertai semula Umno.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Perak, Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin berkata, kenyataan Pengerusi Umno Perak ini memperlihatkan sikap sebenar Umno yang cuba menjadi ‘abang besar’ dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Katanya, di Perak sendiri, sebaik sahaja kerajaan tebuk atap terbentuk, Bersatu sudah banyak beralah antaranya :-
i. 6 Exco Perak dipilih daripada Umno.
ii. Pengerusi Bersatu Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa menafikan 3 Adun Lompat yang memberi sokongan kepada beliau.
iii. Ahmad Faizal terpaksa menubuhkan Jawatankuasa Sementara Ketua Kampung dalam isu Ketua Kampung
iv. Ahli-Ahli Majlis PBT di Perak sebilangannya dikuasai daripada Umno.

“Selepas pelbagai pengorbanan yang diberikan oleh Ahmad Faizal dan Bersatu, tindakan Umno Perak ini ibarat seperti Belanda dapat tanah yang sentiasa tidak puas hati dengan segala pengorbanan yang telah diberikan kepada mereka.

“Kepada Ahmad Faizal dan Bersatu, suka Pemuda AMANAH Negeri Perak memberi nasihat bahawa Umno merupakan kawan politik yang sangat licik yang mana bersedia menerkam mangsanya pada bila-bila sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Shafiq, terpulanglah kepada Ahmad Faizal dan Bersatu untuk meneruskan ikatan politik ini atau bersedia untuk ditalkinkan oleh Umno menjelang PRU15 nanti.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    bookmarked!!, I like your blog!

  • Disqus (0 )