Bersatu dakwa Umno lebih pentingkan kerusi daripada pertahan kuasa Melayu Islam

Bersatu dakwa Umno lebih pentingkan kerusi daripada pertahan kuasa Melayu Islam

Anggota Majlis Pimpinan Bersatu, Dr Rais Yatim, menyatakan rasa terkilannya terhadap kepemimpinan Umno yang dilihat lebih mementingkan kerusi yang akan ditandingi nanti berbanding mempertahankan kuasa Melayu Islam.

Bekas menteri itu berkata kecenderungan pemimpin Umno khususnya yang senior memperkatakan kerusi dilihat seolah-olah tidak menghargai kedudukan parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Rais, pemimpin-pemimpin senior Umno sepatutnya lebih mengutamakan perjuangan mempertahankan kuasa Melayu Islam berbanding isu perebutan kerusi kerana usaha tersebut penting bagi mengekalkan kerajaan hari ini.

“Bab paling penting ialah mengekalkan kuasa Melayu Islam, tetapi Umno tidak menyebut perkara itu. Penghargaan diberikan kepada mereka juga seperti tidak dihargai.

“Sepatutnya perlu diberikan markah kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana beliau memberi tempat kepada mereka. Setakat ini, perkara itu nampak tidak menjadi hal.

“Walaupun (Umno) daripada parti yang kalah tetapi ia mendapat kedudukan hebat dan puluhan (jawatan) GLC (syarikat berkaitan kerajaan). Jadi saya tidak faham kenapa,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.

Rais berkata demikian mengulas mengenai isu perebutan kerusi parlimen yang kini diwakili Bersatu tetapi mahu diambil semula oleh Umno.

Antara kerusi yang sedang diperkatakan ialah Mersing membabitkan penyandang, Dr Abdul Latiff Ahmad. Ia berpunca daripada kenyataan menteri pembangunan luar bandar itu yang didakwa disalah tafsir.

Abdul Latiff – yang memenangi kerusi Mersing atas tiket Umno – bagaimanapun sudah membuat permohonan maaf.

Sumber: Malaysiakini

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • comment-avatar

    Very good article! We are linking to this particularly great content on our site. Keep up the great writing.

  • Disqus ( )