Hina sangatkah Bersatu? Kami dah layan segala kerenah Umno, kata Zainol

Hina sangatkah Bersatu? Kami dah layan segala kerenah Umno, kata Zainol

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak meluahkan kekecewaan dengan cadangan pembubaran parti itu oleh Pengerusi Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad pada Khamis lalu.

Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, sebagai pemimpin yang bersama-sama dalam Perikatan Nasional (PN), kenyataan yang dikeluarkan itu mengguris perasaan ahli-ahli parti.

Menurutnya, sebarang kenyataan yang boleh membawa kepada perpecahan tidak harus dikeluarkan bagi menjaga hubungan baik antara parti di dalam PN.

“Pemimpin utama Bersatu sama ada Perdana Menteri di Pusat dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah melayan pelbagai kehendak UMNO.

“Mereka sanggup korbankan perasaan ahli Bersatu demi menyelamatkan negara, perpaduan bangsa serta mempertahankan agama dan tanah air.

“Buat apa cakap kepada perpecahan, hina sangatkah Bersatu? Bersatu juga ada maruah dan matlamat perjuangan. Parti bukan agama, janganlah bawa watak pembuli yang tak habis-habis itu?,” katanya, lapor Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Saarani sebelum ini agar Bersatu dibubarkan dan semua ahli menyertai semula UMNO seperti yang pernah dilakukan oleh Parti Semangat 46.

Zainol Fadzi berkata, rakyat sedang memerhati pakatan tiga parti di dalam PN dengan harapan mereka boleh mendapat manfaat melalui gabungan parti-parti ini.

Katanya, tindakan cabar-mencabar di antara pemimpin UMNO dan Bersatu akan memburukkan lagi imej PN dalam kalangan rakyat.

Semalam, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Perak menyifatkan tindakan menyamakan Bersatu dengan Semangat 46 dalam isu bubar parti adalah satu kenyataan yang lemah

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • Disqus ( )