Baling-BN keluar kenyataan rasis, gelar ‘gelap’ kepada MP Batu Kawan

Baling-BN keluar kenyataan rasis, gelar ‘gelap’ kepada MP Batu Kawan

Ahli Parlimen Baling (BN) digelar rasis dan seksis selepas mengeluarkan kenyataan berupa gelap dan ‘tak nampak’ terhadap ahli Parlimen Batu Kawan (PH), Kasthuriraani Patto.


Ketika itu Kasthuriraani meminta penjelasan daripada Ahli Parlimen Kota Bharu (Menteri Undang-Undang) mengapa ahli Parlimen Wanita tidak disenaraikan di dalam senarai ahli jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat yang baharu.

“Saya memohon penjelasan sedikit. Semasa zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim menganggotai jawatankuasa tersebut.

“Tapi kali ini tidak ada seorang pun wanita dalam jawatankuasa tersebut. Tak cukupkah wanita yang berkaliber dalam Perikatan Nasional,” katanya.

Ia kemudiannya dicelah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang berkata, “Gelap, tak nampak.”

“Saya tidak menyatakan beliau gelap. Saya kata saya gelap, pakailah bedak selesai masalah,” tambahnya.

Ahli Parlimen Jelutong (DAP), RSN Rayer berkata atas peraturan mesyuarat, beliau meminta Baling menarik balik kenyataan tersebut dan memohon Speaker Dewan untuk mengeluarkan arahan oleh kerana tidak sepatutnya perkataan itu digunakan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu juga meminta agar Azhar mengeluarkan ruling supaya kenyataan seksis tidak diizinkan di dalam dewan.

Walaubagaimanapun, cadangan itu tidak diendahkan dan disusuli pengumuman penangguhan persidangan oleh Azhar.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I like this website very much, Its a very nice office to read and incur information.

  • Disqus ( )