Pas kata mereka berperanan bantu wujudkan kestabilan politik

Pas kata mereka berperanan bantu wujudkan kestabilan politik

Kestabilan politik dan kemampuan Perikatan Nasional memimpin kerajaan ketika ini tidak dapat dinafikan antaranya terhasil dari peranan yang dijayakan PAS sebagai salah satu gabungan komponen tersebut.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri berkata, pencapaian itu disumbang dari wibawa dan daya kepimpinan para pemimpin PAS di posisi mereka masing-masing termasuk semua Ahli Parlimen PAS.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taujihat dalam Liqa’ Fikri Pemuda PAS Perak di SRITI Al-Istiqamah, Meru Raya, di sini baru-baru ini.

Bahkan menurutnya, para pemimpin pertengahan dan ahli-ahli PAS juga menzahirkan keupayaan memerintah menerusi khidmat yang proaktif dan berkesan di pelbagai peringkat masyarakat.

Katanya, hal tersebut telah terdahulu merekodkan kejayaan cemerlang dalam pentadbiran kerajaan di Kelantan dan Terengganu di mana kini sedang diluaskan dalam kerajaan bersama di Perak dan Kedah khususnya.

Terang beliau, perkembangan positif tersebut dapat dilihat daripada penerimaan yang baik oleh rakyat di negeri-negeri tersebut, sekali gus membuktikan Islam dapat memimpin perpaduan masyarakat majmuk negara ini.

Beliau yang juga EXCO Pemuda PAS Malaysia turut menyarankan seluruh Pemuda PAS daripada lapan PAS Kawasan dalam Zon 2 Negeri Perak agar segera menguasai keperluan atau kehendak pengundi muda melalui platform tersedia.

“Santuni anak muda dengan berbagai usaha serta program dakwah dan siasah lebih-lebih lagi ketika ini mereka (anak muda khususnya) menginginkan perubahan yang benar-benar menyelami nadi rakyat.

“Tidak dilupakan juga, kita mesti terus memperkasa peranan termasuklah melalui DHPP dalam usaha menyampaikan mesej ‘Islam Memimpin Perpaduan’ kepada masyarakat bukan Islam,” pesan Ustaz Hafez lagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • Disqus ( )