PRU15: AMANAH mahu tumbangkan Bersatu di Perak

PRU15: AMANAH mahu tumbangkan Bersatu di Perak

Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak mahu berdepan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Naib Pengerusinya, Dr Muhaimin Sulam berkata, antara kerusi menjadi pilihan termasuk Parlimen Tambun dan DUN Chenderiang yang kini disandang Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata, bukan itu sahaja, Amanah Perak turut berhasrat meletakkan calon di kerusi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Bebas) yang telah bersama Bersatu iaitu di DUN Sungai Manik, DUN Tualang Sekah dan DUN Kuala Kurau.

“AMANAH Perak secara terbuka bersedia jika Pakatan Harapan (PH) Perak memberikan mandat meletakkan calon-calon dalam kalangan Amanah termasuklah dengan jentera-jentera yang memfokuskan kemenangan.

“Perkara itu penting agar PH kembali diberikan mandat oleh rakyat Perak khasnya untuk mentadbir semula Kerajaan Perak malah kita akan kembali semula di Putrajaya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Muhaimin berkata, AMANAH Perak yakin Bersatu akan meletakkan calonnya di 50 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU15 nanti dan sebahagian kerusi sasaran mereka terletak di Perak termasuk Parlimen Tambun.

Menurutnya, parti itu bersedia untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN lain yang sedang dibincangkan oleh Bersatu bersama komponen Perikatan Nasional (PN) Perak.

Untuk rekod pada PRU14 lalu, Amanah berjaya memenangi dua kerusi Parlimen di Perak iaitu Lumut dan Parit Buntar serta enam kerusi DUN iaitu Titi Serong, Kamunting, Manjoi, Pasir Panjang, Sungai Rapat dan Behrang.

Bagaimanapun selepas pembentukan PN, Amanah hanya tinggal lima kerusi DUN apabila ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat keputusan keluar parti menjadi wakil rakyat bebas.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    bookmarked!!, I like your blog!

  • Disqus ( )