Buktikan setiakawan, mahasiswa Pas gesa Umno serahkan kerusi DUN Slim!

Buktikan setiakawan, mahasiswa Pas gesa Umno serahkan kerusi DUN Slim!

Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) hari ini menggesa Umno menyerahkan kerusi DUN Slim kepada Pas atau Umno.

Pengerusi GAMIS Perak, Asrul Henreng berkata, inilah masanya Umno membuktikan semangat setiakawan mereka dan medan terbaik membuktikan keutuhan kerjasama Perikatan Nasional agar rakyat yakin dengan gabungan baru ini.

“GAMIS Perak melihat PRK Slim ini adalah medan terbaik untuk kerajaan Perikatan Nasional membuktikan keikhlasan dan keutuhan muafakat yang dijalin antara parti yang ada dengan menyerahkan kerusi yang dimenangi UMNO sebelum ini kepada parti lain sama ada PAS ataupun BERSATU,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gerakan mahasiswa Pas itu berkata, untuk rekod BN sama ada Umno atau MCA telahpun mewakili koalisi Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional sejak piagam Muafakat Nasional dimeterai September tahun lalu.

Katanya, BN melalui MCA telah bertanding di Parlimen Tanjung Piai manakala UMNO telah bertanding dan menang di Parlimen Kimanis serta DUN Chini baru-baru ini.

“Tambahan lagi sebelum piagam Muafakat Nasional termeterai, Umno juga telah diberi laluan khususnya oleh Pas di DUN Sungai Kandis, DUN Semenyih, DUN Rantau dan Parlimen Cameron Highland.

“Justeru adalah wajar kerusi DUN Slim diserahkan sama ada kepada Pas atau kepada Bersatu selain digerakkan jentera sepenuhnya sebagai tanda keikhlasan ketiga-tiga parti berpakat demi kebaikan rakyat,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    Your site is very helpful. Many thanks for sharing!

  • Disqus ( )