Umno Bersatu gigit jari, Pas tanding 6 dari 8 kerusi Parlimen di Terengganu

Umno Bersatu gigit jari, Pas tanding 6 dari 8 kerusi Parlimen di Terengganu

Selain Menteri Besar Terengganu dan Naib Presiden Pas, YAB Dato Seri Dr Samsuri juga merupakan ketua perunding pembahagian kerusi bagi pihak Pas.

Tugas beliau adalah berunding dan menyelaras agihan kerusi-kerusi yang akan ditandingi PRU15 nanti bersama rakan-rakan dalam komponen PN, khususnya Umno dan Bersatu.

Atas kapasiti sebagai ketua perunding agihan kerusi bagi pihak Pas, Dr Sam mengesahkan bahawa Pas akan mempertahankan semua enam kerusi parlimen di Terengganu yang dimenangi dalam PRU14 lepas.

Pengesahan tersebut ditegaskan semasa beliau menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Dungun pagi tadi, pengumuman yang disambut laungan takbir oleh hadirin.

Dengan penegasan tersebut, menurut Ketua penyelidik badan pemikir Ilham Centre, Mohd Yusri Ibrahim sekarang hanya berbaki dua kerusi untuk ditandingi oleh Umno dan Bersatu di Terengganu, iaitu Besut dan Hulu Terengganu.

Katanya, kedua-dua kerusi tersebut dimenangi oleh Umno dalam PRU14 lepas iaitu Idris Jusoh di Besut dan Rosol Wahid di Hulu Terengganu

Namun kemudiannya Rosol Wahid keluar Umno dan menyertai Bersatu, sekarang bersatus Timbalan Menteri KPDNHEP.

“Adakah Umno Terengganu akan memberi laluan untuk Bersatu bertanding kerusi Hulu Terengganu dan parti keramat itu hanya bertanding satu kerusi di Terengganu iaitu parlimen Besut?

“Inilah yang menariknya politik negeri keropok lekor ini.Terengganu negeri cantik, orang baik2, politiknya menarik,” katanya dalam hantaran di Facebooknya semalam.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    Thanks for fantastic info I was looking for this info for my mission.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • Disqus ( )