Lesen media sosial: Perjelas niat sebenar!

Lesen media sosial: Perjelas niat sebenar!

1. AMANAH Selangor mengambil maklum tentang isu terkait keperluan pelesenan terhadap penerbitan filem melalui media sosial oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

2. Isu tersebut timbul ekoran jawapan yang diberikan oleh Menteri berkaitan, Datuk Saifuddin Abdullah terhadap soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Kluang, YB Wong Shu Qi dalam sidang Dewan Rakyat semalam yang bertanyakan sama ada semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran, sama ada mereka adalah agensi media arus perdana atau media individu yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

3. Isu tersebut dikeruhkan lagi apabila Menteri menjawab bahawa penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP), sama ada mereka adalah agensi media arus perdana mahu pun media individu (personal media) yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

4. Jawapan Menteri berkenaan seterusnya telah mengundang reaksi pelbagai pihak termasuklah penggubal undang-undang sendiri, para netizen hinggalah anak muda yang sebahagian besarnya adalah pemain-pemain utama dalam media sosial yang turut resah mendengar jawapan sedemikian.

5. Walaupun dalam kenyatan medianya bertarikh semalam Menteri telah “menjelaskan maksud sebenar” jawapan beliau terhadap persoalan tersebut, namun ia masih tidak menjawab kegundahan mereka yang terlibat dan terkesan daripadanya.

6. AMANAH Selangor ingin mengingatkan bahawa jawapan Menteri tersebut boleh membawa implikasi undang-undang, politik dan juga ekonomi.

7. Jika benar Kementerian mahu mewajibkan keperluan pelesenan tersebut, maka ia jelas akan memberikan ancaman kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menjamin hak bersuara rakyat.

8. AMANAH Selangor juga melihat bahawa pelaksanaan kewajipan pelesenan tersebut juga akan mengekang aktiviti penerangan parti-parti politik terutama sekali di pihak Pembangkang seterusnya tidak mewujudkan padang yang sama rata dengan blok-blok politik Kerajaan dan akan menggugat demokrasi dalam negara.

9. Kewajipan pelesenan tersebut juga akan memberikan impak negatif terhadap ekonomi rakyat memandangkan daripada tempoh PKP sehingga PKPP ketika ini, sebahagian besar rakyat telah memanfaatkan medium media sosial bagi memulakan dan menjalankan perniagaan mereka untuk memulihkan kembali ekonomi keluarga pasca pandemik Covid-19.

10. Oleh hal yang demikian, AMANAH Selangor mendesak pihak Kerajaan supaya menyatakan dan menjelaskan niat sebenar mengenai keperluan pelesenan tersebut agar Malaysia sekali lagi tidak terkesan dengan dasar-dasar yang jelas merugikan rakyat.

Wan Anwar Wan Ibrahim
Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Selangor

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Thanks for fantastic info I was looking for this info for my mission.

  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • Disqus ( )