Pas hanya bantal peluk Umno

Pas hanya bantal peluk Umno

Fikir aku, dalam PRU akan datang, kawasan yg Umno letak calon, orang Pas akan bagi undi penuh. Kalau tidak 100 peratus pun, 90 peratus hampir pasti.

Kenapa? Dalam Pas sekarang hanya ada pentaksub. Orang yang boleh berfikir dengan rasional sudah semakin berkurangan. “Kami ikut saja pemimpin kami buat,” kata golongan sebegini.

Pentaksub Pas malas menganalisa. Umno suka pengundi sebegini. Mudah digula-gula. Mainkan saja sentimen agama, pentaksub Pas akan terpengaruh dan bagi sokongan padu.

Buktinya, cuba lihat pentaksub Pas sokong RUU 355. Walaupun pelbagai penjelasan diberi, mereka sanggup jual ayam mengeram untuk hadir ke Padang Merbuk. Berbasikal dari Baling ke KL adalah sebahagian bukti ketaksuban itu.

Tapi bagi kawasan yang Pas letak calon, belum tentu orang Umno akan bagi undi. Orang Umno bukan macam orang Pas. Mereka tak taksub macam orang Pas.

Walaupun ada orang Umno yang taksub misalnya mak cik yang sumbang gelangnya untuk bantu bekas PM, tapi orang sebegitu dalam Umno tak ramai. Nak cari sepuluh peratus pun payah.

Sebab itu orang Umno boleh masuk PKR, boleh masuk Bersatu, boleh sokong Tun M dan yang masuk Amanah pun ramai. Mereka terbuka dalam politik.

Yang tinggal dalam Pas sekarang, jangankan Umno letak calon bagus, jika diletak Najib, atau Zahid atau Azeez Baling, mereka tetap bagi undi.

Kawasan yang Pas letak calon, Pas tak akan dapat undi penuh orang Umno. Berbeza kawasan yang Umno letak calon, orang Pas akan bagi undi penuh.

Sebab itu, Umno bertegas semenjak awal, Umno akan pertahankan semua kerusi yang ditandinginya dalam PRU yang lalu. Pas masih senyap, tak respon apa-apa.

Bagi Umno, Pas hanya bantal peluk saja. Bila dah lena nyenyak, bantal peluk bukan diambil kisah lagi.

________

ZOLKHARNAIN ABIDIN adalah merupakan Pengarah Syariah AMANAH.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I like this website very much, Its a very nice office to read and incur information.

  • comment-avatar

    I love looking through a post that can make people think. Also, many thanks for permitting me to comment!

  • Disqus ( )