AMANAH sedia bertanding di Dun Slim, tunggu keputusan Majlis Presiden PH

AMANAH sedia bertanding di Dun Slim, tunggu keputusan Majlis Presiden PH

Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Tanjung Malim bersedia dengan sebarang kemungkinan jika parti itu dipilih oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Ketua AMANAH Tanjung Malim, Khairol Najib Hashim berkata, semua pihak menanti keputusan Majlis Presiden PH yang dijadual bermesyuarat dalam masa terdekat membincangkan perkara itu.

Beliau berkata, PH Perak sudah mengadakan mesyuarat dan keputusan akan diangkat ke peringkat pusat untuk dibincang di dalam Majlis Presiden PH.

“Amanah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Semua keputusan bergantung kepada Majlis Presiden PH dan kita bersedia dengan keputusan tersebut.

“Kita serahkan semua keputusan kepada rundingan Majlis Presiden PH yang akan bermesyuarat pada minggu hadapan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pertembungan di antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Blackout pada PRK DUN Slim yang dijadualkan pada 29 Ogos depan.

Dalam perkembangan itu, Khairol Najib yang juga Ketua Pemuda Amanah Perak menjangkakan tidak berlaku sebarang pertembungan antara PKR dan Bersatu Blackout seperti yang didakwa banyak pihak.

Jelas beliau, tiada sebarang konflik yang berlaku antara PH dan kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya mereka masih dalam proses rundingan dan perbincangan.

Menurutnya, keputusan akhir mengenai parti yang akan bertanding di situ hanya akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH.

Amanah Tanjung Malim sudah pun mengaktifkan Bilik Gerakan Pilihan Raya mereka sebagai persediaan mengharungi PRK DUN Slim yang berlaku berikutan penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia pada 15 Julai lalu.

Terdahulu, PKR Perak memberi bayangan parti itu tidak akan meletakkan calon pada PRK DUN Slim atas faktor tidak mahu menyusahkan rakyat selain negara masih berdepan ancaman pandemik koronavirus (Covid-19).

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • comment-avatar

    bookmarked!!, I like your blog!

  • Disqus ( )