‘Menteri kereta terbang’ kata terpulang kepada Muhyiddin untuk sertai Umno semula

‘Menteri kereta terbang’ kata terpulang kepada Muhyiddin untuk sertai Umno semula

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak untuk meneliti saranan daripada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan untuk menyertai UMNO kembali.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof bagaimanapun menyifatkan, saranan daripada Mohd Hassan sebagai pandangan peribadi.

Menurut beliau, jikalau tiada sebarang kesamaan dalam sesuatu parti, sudah tentu lebih sukar dalam membudayakan satu pergerakan politik yang lebih berhala tuju.

“Macam-macam pandangan kita lihat hari ini tetapi itu pandangan Mohd Hassan biarlah dia beri pandangan.

“Kalau Mohd Hassan saran begitu terpulang kepada individu seperti Muhyiddin nak memikirkan bahawa adakah ini akan membawa kepada satu kebaikan kepada Malaysia. Itu terpulang kepada dia,” katanya lapor Perak Today.

Terdahulu memetik laporan media Mohamad Hasan berkata, Umno boleh mengubah semula keputusan pemecatan Perdana Menteri jika beliau berhasrat menyertai parti itu kembali kerana bakal didukung parti yang besar dan ramai ahli parlimen, jadi lebih mudah dan lebih senang.

Tambah Mohd Redzuan, tindakan untuk kembali semula kepada parti berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Bersatu.

“Ianya tidak dibincangkan, kerjasama ada kita bincang, tak ada berbincang ke arah itu.”

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    Your site is very helpful. Many thanks for sharing!

  • Disqus ( )