PRK Slim: Umno harap kemenangan percuma

PRK Slim: Umno harap kemenangan percuma

Umno Perak mengharapkan kemenangan percuma pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang dijadual berlangsung pada Ogos depan.

Ketua Penerangan Umno Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, kemenangan mudah calon BN pada PRK itu nanti akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk mengadakan pilihan raya tambahan pula negara sedang berdepan pandemik koronavirus (Covid-19).

Beliau berkata, situasi itu juga membolehkan semua parti politik memberi fokus kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Dalam keadaan negara berdepan pandemik Covid-19, adalah lebih baik parti-parti yang lain memberi laluan mudah kepada Umno dan BN di DUN Slim.

“Bagaimanapun kita tetap bersiap siaga sama ada berlaku pertandingan atau pun tidak. Semua jentera telah digerakkan dan kita sudah mengatur strategi,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Mohd Zolkafly berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Datuk MA Tinagaran bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon pada PRK DUN Slim nanti.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • comment-avatar

    Very good article! We are linking to this particularly great content on our site. Keep up the great writing.

  • Disqus ( )