
Najib bersalah, rakyat menang!!
1. Keputusan perbicaraan SRC International pada hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati mantan Perdana Menteri Kerajaan Barisan Nasional, Najib Razak telah disabit bersalah atas 7 pertuduhan sebelum ini.
2. Episod perbicaraan yang panjang dengan pelbagai helah dilakukan oleh pasukan pembelaan Najib ternyata masih gagal membela salahlaku yang dibuat oleh Najib Razak sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
3. Keputusan pada hari ini juga membuktikan Najib Razak – yang kini menyokong Kerajaan Perikatan Nasional – telah menyalahgunakan kuasa untuk merompak harta kekayaan negara. Malah jika Pakatan Harapan tidak mengambilalih pentabdiran negara pasca PRU-14 yang lalu, perompak tersohor ini mungkin masih memimpin negara.
4. Demikian juga dengan PAS, yang selama ini penuh ‘istiqomah’ menyokong Najib Razak. Walau akan dilakukan pelbagai justifikasi selepas ini, kenyataannya jelas bahawa PAS sama ada secara langsung atau tidak langsung turut menyokong rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Najib Razak.
5. Besar harapan rakyat agar lebih banyak kes rasuah dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman yang setimpal. Kekayaan negara yang dirompak seharusnya dikembalikan kepada rakyat dan bukannya menjadi ‘keuntungan’ kepada pesalah rasuah.
SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional