Setiap PRK ada lawannya, Wanita Umno dalam mood bersedia

Setiap PRK ada lawannya, Wanita Umno dalam mood bersedia

Ketua Wanita Umno Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, jentera wanita dalam mod bersedia untuk bekerja demi mempertahankan kemenangan parti pada PRK itu dengan meneruskan tradisi Umno membela rakyat.

“Wanita sudah memulakan kerja-kerja PRK ini dengan menganggap setiap PRK ada lawannya. Kita bersedia dalam kapasiti untuk mengekalkan kemenangan dengan majoriti baik.

“Semalam kita telah berbincang untuk bergerak dan sedia berhadapan sepertimana PRK lain. Umno teruskan usaha berhadapan walaupun sapa jua calon yang bertanding,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian semalam.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia pada 15 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 Ogos sebagai hari penamaan calon manakala 25 Ogos hari pengundian awal diikuti hari pengundian sebenar pada 29 Ogos.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • Disqus ( )