Terkini! Najib bersalah atas 7 pertuduhan salah guna kuasa

Terkini! Najib bersalah atas 7 pertuduhan salah guna kuasa

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan menyalah guna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.‬

‪Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahkamah mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.

“Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah ini, saya dapati pihak pembelaan tidak berjaya membantah anggapan mengenai keseimbangan kemungkinan atau menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan terhadap tertuduh di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009,” kata Mohd Nazlan,” lapor Astro Awani.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • Disqus ( )