[Video] ‘Kalau Umno tak keluar PN, Zahid akan senasib Najib’

[Video] ‘Kalau Umno tak keluar PN, Zahid akan senasib Najib’

Ahli Parlimen Umno diingatkan agar berani bertindak untuk keluar daripada Perikatan Nasional.

Perkara ini ditegaskan oleh seorang penyokong Dato’ Seri Najib di luar perkarangan mahkamah yang berhimpun menyatakan sokongan terhadap mantan perdana menteri itu.

“Ahli parlimen Umno mesti berani keluar daripada PN.

“Kalau tak, nasib Presiden (Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi) pun sama macam,” kata lelaki itu.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang yang mendakwa dirinya ahli Umno turut menyatakan pandangan sama yang mana Umno mestilah keluar daripada Perikatan Nasional.

“Hari ini selaku ahli parti Umno yang mendokong Barisan Nasional mendesak Presiden Umno mengarahkan semua ahli parlimen BN keluar daripada Perikatan Nasional,” katanya seperti yang dipetik daripada video yang disiarkan oleh Johor Kini.

Para penyokong BN dan Umno turut melaungkan ‘Hidup Barisan Nasional’ dan ‘PN Zalim’ sebagai protes terhadap keputusan mahkamah.

“Kami tak percaya Mahathir dan Muhyiddin, kami percaya Najib,” laung para penyokong tersebut.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • comment-avatar

    bookmarked!!, I like your blog!

  • Disqus ( )