Pemimpin tertinggi Pas beri sokongan kepada Najib selepas didapati bersalah

Pemimpin tertinggi Pas beri sokongan kepada Najib selepas didapati bersalah

Pemimpin tertinggi Pas hadir memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak di kediaman bekas Perdana Menteri itu malam tadi.

Pemimpin Pas itu termasuklah presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dan Setiausaha Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri berkata, mereka bersamanya ketika susah dan senang.

“Saya ada tetamu lewat malam tadi. Tidak perlulah saya mengulas panjang.

“Sahabat sejati bukan sahaja mereka yang bersama ketika susah atau senang. Tetapi juga mereka yang sentiasa mendoakan kita.

“Sahabat yang sejati sukar ditemui. Jika di sisi, saya hargai  dan saya tahu itulah anugerah Allah SWT,” kata Ahli Parlimen Pekan yang didapati bersalah kes rasuah di mahkamah semalam, lapor Malaysia Gazette.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I really like and appreciate your blog post.

  • comment-avatar

    Thanks for fantastic info I was looking for this info for my mission.

  • comment-avatar

    Your site is very helpful. Many thanks for sharing!

  • Disqus ( )