Selepas keputusan Najib, Zahid bangkit soal kejujuran dalam berkongsi kuasa

Selepas keputusan Najib, Zahid bangkit soal kejujuran dalam berkongsi kuasa

Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membangkitkan soal keikhlasan dan kejujuran dalam berkongsi kuasa.

Ini sejurus keputusan mahkamah terhadap Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan menyalah guna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.‬

Katanya, apabila kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semua.

“Untuk berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian.

“Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula,” katanya dalam laman Facebooknya hari ini.

Semalam, Ahamd Zahid memberi gambaran pihaknya akan membuat satu “keputusan politik besar” susulan keputusan kes mahkamah terhadap Najib.

“Saya amat simpati dan berasa sedih bukan hanya sebagai seorang presiden Umno, yang paling penting, beliau adalah sahabat saya. Tapi ini bukan penghujung dunia.

“[…] Namun, tentunya kita akan mengambil sesuatu keputusan politik yang agak besar hasil daripada keputusan (mahkamah) yang dibuat hari ini,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    Thanks for fantastic info I was looking for this info for my mission.

  • comment-avatar

    Thanks so much for the blog post.

  • Disqus ( )