PRN Sabah: Bersatu umum tanding 45 kerusi, Umno kata jangan mimpi!

PRN Sabah: Bersatu umum tanding 45 kerusi, Umno kata jangan mimpi!

Hari ini Ketua PPBM Sabah berkata akan bertanding 45 kerusi dari 73 DUN yang bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah kelak.

Dua perkataan: Jangan Mimpi.

Cadangan kepada PPBM Sabah: Kalau nak bersahabat dengan UMNO, buat cara bersahabat. Kita boleh berbincang. Kita boleh berunding. UMNO Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi. Tetapi kalau sebelum berunding pun PPBM sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45/73 kerusi, itu bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan.

Bandingkan dengan kenyataan SUA BN, Tan Sri Annuar Musa (lampiran). Sudah tentu UMNO ada cita-citanya berlandaskan kekuatan parti dalam menjayakan agenda rakyat Sabah, tetapi cita-cita itu disulami kebijaksanaan dengan mengambil langkah menghormati proses perundingan.

Saya yakin Dato’ Sri Bung Moktar dan pasukan UMNO Sabah bijak mengurus lanskap terbaru ini. Keutamaan pertama adalah memperkasa agenda rakyat di Sabah disamping memperjuang maruah UMNO Sabah yang terus diangkat berasaskan kesetiaan pemimpin dan ahlinya yang setia, tatkala ramai lain memilih jalan mudah dahulu.

Untuk PPBM Sabah: dalam senario politik mutakhir, berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan atau bertindak kerana setiap tindakan itu akan memberi kesan sampai ke akar umbi, dan tidak terhad ke Sabah sahaja.

SHAHRIL HAMDAN
Ketua Penerangan Umno

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    Very good article! We are linking to this particularly great content on our site. Keep up the great writing.

  • Disqus ( )