Presiden Pas akui RUU 355 bukan keutamaan sekarang

Presiden Pas akui RUU 355 bukan keutamaan sekarang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya mengakui pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 bukan perlu didahulukan pada masa ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, keputusan tersebut ekoran tumpuan negara mengekang penularan wabak berbahaya Covid-19.

Dipetik dari temubual di Utusan Malaysia hari ini, Abdul Hadi berkata, pembentangan RUU 355 perlu melalui proses pindaan Perlembagaan.

“Caranya ialah proses pindaan Perlembagaan. Ini melihat kepada mana yang perlu didahulukan.

“Oleh kerana kita menghadapi masalah Covid-19 dahulu pada hari ini, masalah dan hal-hal lain dahulu, maka dahulukan apa yang perlu didahulukan,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Dateline.

Walau bagaimanapun, Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf menteri itu berkata, RUU 355 masih lagi perkara yang diperjuangkan Pas.

“RUU 355 ini tidak hilang daripada perjuangan kita. Tapi harus lihat, mana yang perlu diutamakan,” ujar Abdul Hadi lagi.

Polemik RUU 355 dilihat menjadi bahan percaturan politik Pas dengan kemuncaknya menyaksikan kehadiran pemimpin Umno di pentas ceramah dalam himpunan `ungu’ RUU 355 di Padang Merbok, 18 Februari 2017.

Bagaimanapun, Pas bertindak menangguhkan pembentangan RUU 355 selepas dibentangkan kali ketiga dalam persidangan Parlimen pada April 2017.

Abdul Hadi memberi alasan penangguhan itu kerana usul bagi membentangkan RUU 355 perlu dicadang serta dikemukakan oleh menteri untuk dibahaskan.

Walaupun sudah menjadi sebahagian dalam blok kerajaan Perikatan Nasional (PN), Pas tidak segera membentangkan RUU 355 walaupun kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini diserang dengan isu melibatkan had hukuman dan jenis kesalahan itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary dalam sidang Dewan Rakyat pada 22 Julai lalu berkata, kerajaan memerlukan penelitian secara menyeluruh sebelum dapat dibentangkan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    I like this website very much, Its a very nice office to read and incur information.

  • comment-avatar

    Thanks so much for the blog post.

  • Disqus ( )