DUN Slim: Bersatu tidak dipanggil terima gimik pelancaran jentera BN

DUN Slim: Bersatu tidak dipanggil terima gimik pelancaran jentera BN

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dipanggil menerima gimik penyerahan bendera Barisan Nasional kepada semua jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim.

Ketika Majlis Pelancaran Jentera BN PRK Dun Slim dan Bahagian Angkat di Feldajaya dekat Trolak semalam, wakil daripada Umno, MCA, MIC, Pas, IPF dan Makkal Sakhti telah dipanggil untuk menerima gimik tersebut.

Namun, wakil Bersatu tidak tersenarai untuk menerima gimik tersebut sedangkan pada ketika itu, Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Malim, Mohd Amran Ibrahim berada di atas pentas.

Ketua Srikandi Bersatu dan Ketua Pemuda Armada Bersatu turut berada di bawah pentas ketika majlis itu.

Apa yang berlaku itu turut mendapat respon daripada para netizen yang beranggapan Bersatu telah dipinggirkan oleh BN.

“Kesian wakil Bersatu tak dipandang langsung BN. Semua wakil parti dijemput terima bendera BN termasuk pas tapi Bersatu lansung tak dipanggil. Apa tandanya parti Peja ni?,” tulis laman Facebook Ya Akhi.

Menurut pengerusi majlis tersebut, penyerahan bendera tersebut tanda komitmen parti-parti itu bagi memastikan BN berjaya mengekalkan kemenangan di kerusi Dun Slim.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Thanks for fantastic info I was looking for this info for my mission.

  • Disqus ( )