Lantik warga asing: MB, Exco Pas terdiam pendedahan Mat Said!

Lantik warga asing: MB, Exco Pas terdiam pendedahan Mat Said!

Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam menyaksikan bekas Menteri Besar, Ahmad Said melontarkan ketidakpuasan hati beliau terhadap pentadbiran negeri.

Tiga isu utama ucapan beliau menyentuh tentang perlantikan seorang individu yang memegang berbelas jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri sehingga bergaji Rm800,000 setahun.

Beliau turut mendedahkan seorang warga England telah dilantik menjadi pengerusi di enam buah syarikat dan pengarah di enam buah syarikat dengan gaji keseluruhan RM650,000 setahun.

Begitu juga isu kezaliman Pas negeri Terengganu yang merampas tanah petani muda yang diberi dizaman Barisan Nasional untuk diberi kepada koperasi milik PAS.

Adun Kijil turut menyentuh soal peruntukan yang diagihkan secara tidak adil oleh kerajaan negeri walaupun sama sama dalam Muafakat Nasional.

Ucapan Ahmad Said yang persis karisma Presiden PAS, menjadikan adun adun serta Exco PAS terdiam, dewan menjadi begitu sunyi akhirnya.

Beberapa hujah beliau cuba dirungkai oleh wakil kerajaan negeri namun dengan begitu mudah dipatahkan oleh Ahmad, “Jangan nak perbodohkan orang”, “saya belajar matematik juga”, Adun Pas dilihat terpegun hingga akhirnya pemimpin kerajaan negeri terdiam sehingga akhirnya.

Begitu juga soal perlantikan beberapa individu yang memegang hingga berbelas jawatan, tidak dapat dijawab oleh wakil kerajaan termasuk oleh Menteri Besar.

Adun dan Exco juga dilihat tidak mempertahankan tindakan perlantikan individu terbabit dalam anak syarikat kerajaan negeri.

Sumber: https://terengganufokus.com/mb-exco-pas-terdiam-dengar-pendedahan-ahmad-said/

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • Disqus ( )