Rakyat Dun Slim akan dapat wakil rakyat peguam jika pilih Amir

Rakyat Dun Slim akan dapat wakil rakyat peguam jika pilih Amir

Penduduk Slim, Perak bakal mendapat wakil rakyat yang merupakan anak naib kadi jika mereka memilih calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dalam pilihan raya kecil Slim nanti.

Ini berikutan calon bebas yang disokong oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dinamakan sebagai calon malam kelmarin

Amir, seorang peguam diumumkan sebagai calon mewakili parti Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim 29 Ogos ini.

Dr Mahathir, menamakan Amir, 38, yang mempunyai latar pendidikan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan lulusan Diploma Ijazah Syariah di Universiti Teknologi Mara.

Amir mempunyai lima orang anak, manakala isterinya, Dr Nur Aainaa Othman, adalah doktor pakar radiologi di Hospital Teluk Intan serta doktor pakar jemputan di Hospital Slim River.

Dia juga merupakan anak kepada bekas naib kadi Teluk Intan dan pesara guru agama.

Anak jati Perak itu akan bertanding atas tiket Bebas, berdepan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz.

Pengumuman dibuat sempena Majlis Memperkenalkan Calon PRK N.58 Slim di Bilik Gerakan Utama, Taman Slim Permata malam tadi dengan penyampaian watikah pelantikan disempurnakan Dr Mahathir.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )