Rakyat susah tiada kerja, Pas import orang luar bekerja di Terengganu

Rakyat susah tiada kerja, Pas import orang luar bekerja di Terengganu

Tular video bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, ADUN Kijal di membangkitkan isu sesetengah individu yang dianugerahkan pelbagai jawatan walaupun bukan anak tempatan Terengganu.

Malah beliau menyatakan Menteri Besar Terengganu sekarang Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membawa rakan-rakannya dari luar Terengganu untuk memegang jawatan pentadbiran di Terengganu dan menganak-tirikan anak tempatan Terengganu yang lebih berkelayakan.

Beliau turut mempertikaikan seorang individu yang tidak mempunyai rekod baik di Kelantan malah dilantik menjadi penasihat Menteri Besar Terengganu yang turut dilantik menjadi pengerusi serta 11 pengarah syarikat GLC milik kerajaan negeri serta beberapa orang individu yang lain lagi.

Menurut Ahmad Said pengagihan jawatan seperti ini tidak pernah dibuat ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kecoh seketika apabila Dr Alias Razak salah seorang Exco kerajaan negeri Terengganu itu turut bangun menempelak kembali ADUN Kijal dengan menyatakan “Kalau nak gaduh boleh, saya no problem”.

Muafakat Nasional tiada di Terengganu?

Menariknya pergaduhan tersebut menceritakan bahawa Muafakat Nasional (MN) ibarat retak menanti belah kerana ia memberi petunjuk besar bahawa pimpinan PAS dan BN tidak sebulu dalam Muafakat Nasional apa lagi dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tindakan ADUN Kijal mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Terengganu menunjukkan ada unsur perpecahan MN di Terengganu.

Sebagai rakyat Terengganu saya mengikuti rapat perkembangan politik di sini. Kita masih belum melupakan tragedi stadium runtuh di Stadium Sultan Mizan yang berlaku pada tahun 2009 di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) satu ketika dahulu, selain projek mega seperti Taman Ilmu Tembila di Besut serta Kompleks Bebas Cukai di Kenyir yang sehingga sekarang masih tiada khabar berita.

Baik Pas mahupun BN, kedua-dua parti ini seolah-olah mempergadaikan nasib rakyat Terengganu dengan isu penyelewengan wang rakyat.

Bagi saya, SPRM wajar membuka kes siasatan projek ‘sakit’ di Terengganu selain menyiasat juga isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Said. Kita tidak boleh membiarkan isu-isu rasuah dan penyelewengan wang rakyat dibiarkan terlepas begitu sahaja.

Sidang DUN Terengganu ini menampakkan betapa ahli politik di Terengganu kini sibuk bercakaran demi kuasa dan pangkat. Saya bersetuju tindakan ADUN Kijal mempersoalkan pimpinan kerajaan negeri namun beliau juga sepatutnya berani mempersoalkan projek-projek ‘sakit’ yang bermasalah di Terengganu satu ketika dahulu.

Jika perkara ini berterusan isu rakyat Terengganu akan terus dipergadaikan. Wakil rakyat kita hari ini sibuk dengan pengagihan kuasa dan perebutan pangkat dan akhirnya rakyat hanya mampu berputih mata. Di saat kita masih berperang dengan wabak Covid19 ahli politik kini menunjukkan wajah sebenar mereka.
—————————-
Penulis adalah ahli Majlis Pimpinan AMK Terengganu

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I like this website very much, Its a very nice office to read and incur information.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • Disqus (0 )