Malu! Pemuda Bersatu kena ‘boo’ di acara Pemuda BN

Malu! Pemuda Bersatu kena ‘boo’ di acara Pemuda BN

Wakil Pemuda Bersatu (Armada) diperlakukan dengan layanan yang kurang menyenangkan pada majlis pelancaran jentera Pemuda BN untuk pilihan raya kecil ini tengah hari tadi.

Hadirin, yang terdiri daripada penyokong BN, menyorak “boo” apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyebut parti itu yang sekarang berhasrat secara rasmi menyertai Muafakat Nasional, gabungan Umno dan PAS.

Menambah layanan yang dilihat memalukan itu, apabila Zahid memberitahu Armada supaya membuktikan keupayaannya pada PRK ini.

“Pada (PRK) Chini dan Slim, ada Armada Bersatu (hadirin bersorak boo),” katanya ketika berucap.

“Di Slim, buktikan bahawa mereka jujur dan ikhlas,” katanya menegaskan Umno menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan PN tetapi mahukan parti dalam gabungan itu menunjukkan keihlasannya.

Tiga wakil Armada, termasuk Ketua Pemuda Bersatu Perak Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh, berada di atas pentas ketika Zahid menyampaikan ucapannya.

Beberapa wakil Pemuda PAS turut kelihatan.

Sumber: Malaysiakini

CATEGORIES

COMMENTS