Amir Khusyairi disambut pasangan pengantin, jadi tumpuan masyarakat

Amir Khusyairi disambut pasangan pengantin, jadi tumpuan masyarakat

“Rezeki pengantin dapat tumpuan calon dan pemberita hari ini,” kata Mohd Asri Hashim, 50, bapa perempuan kepada pasangan pengantin Nurul Haziqah dan Muhammad Amirul Aizar Mohd Zawavi, 21.

Majlis kenduri pasangan itu di Felda Besout 1 di sini menerima kunjungan calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Mohd Asri berkata, kehadiran calon dan pengamal media ke majlis kenduri anak keduanya itu menambah seri dan kemeriahan kenduri yang pertama kali diadakan.

“Kenduri dah lama dirancang sejak tiga bulan lalu dan kebetulan tarikhnya jatuh pada kempen PRK ini, jadi apabila dimaklumkan calon (Amir Khusyairi) nak datang, kami alu-alukan.

“Saya anggap ini rezeki pengantinlah, bukan senang nak dapat peluang begini,” katanya.

Begitupun majlis kenduri yang dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan setiap jemputan hadir diwajibkan menjalani pemeriksaan suhu, imbasan kod QR MySejahtera dan mengikut laluan keluar masuk yang disediakan.

Sementara itu, pengantin Nurul Haziqah berkata, pematuhan SOP dan suasana kempen PRK tidak menghalang pihaknya meneruskan majlis pernikahan dan kenduri hari ini.

“Bukan susah pun nak patuhi SOP, rakan dan saudara-mara banyak bantu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari ini, secara tak langsung jemputan datang dapat bertemu dan berkenalan secara dekat dengan calon,” katanya.

Pasangan muda yang manis dan segak berbaju biru muda ini selamat dinikahkan pagi tadi di Pejabat Agama Daerah Batang Padang di Tapah.

Dalam kunjungan itu, Amir Khusyairi yang juga merupakan Peguam Syarie sempat memberikan nasihat kepada pengantin dan melaungkan selawat nabi.

Sumber: Sinar Harian

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • Disqus ( )