PRK Slim: Bersatu bantu kempen BN

PRK Slim: Bersatu bantu kempen BN

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mula menunjukkan komitmen dalam Perikatan Nasional (PN) apabila membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Calon BN, Mohd Zaidi Aziz berkata, jentera Bersatu sudah mula bergerak menemui pengundinya sepanjang tiga hari berkempen.

“Dengan Pas kita bekerjasama rapat, begitu juga Bersatu bersama kita walaupun tidak bergerak sekali ketika bertemu dengan pengundi.

“Saya telah berhubung dengan pimpinan Bersatu di sini, Mohd Amran Ibrahim untuk menyusun gerak kerja bagi menarik ahli dan pengundi Bersatu. Kita lebih fokus di mana setiap parti menjaga penyokong masing-masing,” katanya, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, kombinasi itu dilihat memudahkan BN menjejaki kesemua lebih 23,000 pengundi berdaftar dalam kawasan DUN Slim.

“Dengan adanya Bersatu hari ini boleh menarik sekurang-kurangnya separuh daripada 6,000 undi yang diraih Mohd Amran. Sasaran meraih 14,000 undi dilihat tidak mustahil boleh kita dapat,” katanya.

Mohd Amran merupakan bekas calon Bersatu DUN Slim pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    Thanks so much for the blog post.

  • Disqus ( )