Hanya microphone yang kelihatan, pengisytiharan masuk Pas ditangguhkan

Hanya microphone yang kelihatan, pengisytiharan masuk Pas ditangguhkan

Sidang media tergempar Pas Selangor yang dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi tadi terpaksa ditangguhkan.

Dengan alasan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, majlis penyerahan borang ahli Pas dari bekas aktivis Parti Amanah tidak berlangsung walaupun ia telah diwar-warkan secara gah sejak semalam.

Dalam siaran langsung yang dibuat di laman Facebook Pas Selangor selama 52 minit, tidak ada seorang individu pun yang muncul sebaliknya hanya kelihatan alat pembesar suara (microphone) sahaja.

Sejurus berakhirnya siaran langsung tersebut, Setiausaha Pas Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir telah mengeluarkan kenyataan bahawa program tersebut telah ditangguhkan.

Penangguhan majlis tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menganggap ia adalah satu perkara yang sangat lucu.

Masing-masing mentertawakan tindakan yang disifatkan sangat lawak ini dan menganggap Pas sangat terdesak hingga terpaksa membuat majlis seperti ini yang akhirnya dibatalkan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (2)
Disqus (0 )