Ketika PRK, BN janji selesai masalah air di kg orang asli Dun Slim

Ketika PRK, BN janji selesai masalah air di kg orang asli Dun Slim

Pemimpin Umno Perak semalam menjanjikan masalah bekalan air bersih di perkampungan orang asli di Kampung Sungai Teras dan Changkat Ramu di Slim River selesai minggu depan.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, kerja-kerja menyambung kemudahan itu sedang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Di Kampung Sungai teras, pendawaian elektrik telah pun dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula kelmarin. Penduduk akan terima bekalan sebelum 29 Ogos membabitkan 24 rumah, tadika, Dewan Orang Ramai dan gereja.

“Masalah penduduk di Changkat Ramu pula dapat diselesaikan Jakoa sendiri. Mereka telah mendapatkan peruntukan RM20,000 bagi membaiki sistem sebagai alternatif bekalan air bersih,” katanya Ketua Penerngann Umno Perak itu seperti dilaporkan Sinar Harian.

Menurutnya, dua jambatan yang menghubung Changkat Ramu dan Slim River turut diberi perhatian.

“Kedua-dua jambatan ini dibina oleh syarikat pelombongan dan pemilik ladang sawit namun masalahnya kerana ia terletak di sempadan Perak dan Selangor.

“Kami sedang mengkaji dan meneliti jalan penyelesaian kedua-dua pihak. Buat masa ini, jambatan tersebut masih selamat digunakan,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    Thanks so much for the blog post.

  • Disqus ( )