Masalah banjir di Dun Slim perlu diselesaikan segera, kata calon BN

Masalah banjir di Dun Slim perlu diselesaikan segera, kata calon BN

Masalah banjir kilat yang membelenggu 7,000 penduduk di Kampung Klah Baru, Trolak, Pekan Slim dan Kuala Slim sejak 50 tahun lalu antara tumpuan isu yang perlu diselesaikan segera di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz berkata, isu berkenaan juga antara yang kerap diuatarakan penduduk dalam gerakan kempennya.

Menurutnya, masalah itu telah berlarutan sekian lama dan setakat ini, belum ada penyelesaian jangka panjang diambil menyebabkan kejadian banjir dan rumah penduduk dinaiki air berlaku berulang kali.

“Masalah ini disebabkan limpahan air Sungai Slim yang berpunca daripada taburan hujan yang tinggi, ada cadangan untuk mengatasinya bagi jangka masa panjang, namun kita memerlukan bajet yang besar.

“Jika guna langkah jangka pendek seperti dalamkan sungai, selenggara buang sampah dan sebagainya ia tidak menjamin kerana pada masa akan datang, beri impak lebih besar ke kawasan lain pula,” katanya, lapor Sinar Harian.

Mohd Zaidi yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim berkata, masalah berkenaan sudah dibawa ke Jawatankuasa Tindakan Daerah dan dibahaskan di Sidang DUN Negeri oleh wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

“Sebab itu saya difahamkan telah ada usaha-usaha di peringkat kerajaan untuk melihat masalah ini dan perkara ini memang perlu diperhalusi dan diatasi segera,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • Disqus ( )