Menteri tabur gula-gula, janji bina dua menara telekomunikasi di Dun Slim

Menteri tabur gula-gula, janji bina dua menara telekomunikasi di Dun Slim

Semasa dalam tempoh berkempen ketika ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan Kerajaan PN akan membina dua menara telekomunnikasi di Dun Slim.

Menurut Saifuddin, dua menara telekomunikasi baharu itu akan dibina di Risda Changkat Sulaiman dan Risda Changkat Serunai bagi meningkatkan tahap perkhidmatan dan jaringan di kawasan tersebut.

Katanya, kedua-dua menara tersebut dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun 2021.
“Ada tambahan lima lagi menara baharu yang memberikan perkhidmatan 4G sedang dirancang dan 25 alat pemancar di menara sedia ada akan dinaiktaraf kepada perkhidmatan 4G.

“Bagi Felda Besout pula, sebuah alat pemancar sedia ada telah pun dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G pada suku pertama tahun ini,” katanya ketika membuat tinjauan di Pusat Media sempena PRK DUN Slim, di sini semalam.

Mengulas lanjut Saifuddin berkata, terdapat tujuh Pusat Internet yang dibina oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di bawah peruntukan Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di kawasan DUN Slim.

Katanya, daripada jumlah tersebut lima beroperasi di Felda Besout 1 hingga 5, manakala dua masing-masing di Trolak Utara dan Trolak Selatan.

“Kita galakkan orang ramai menggunakan pusat-pusat internet yang sedia ada ini dapat digunakan untuk e-dagang dan saya yakin penduduk tempatan di sini mampu menggunakan kandungan-kandungan yang disediakan.

“Di pusat-pusat internet itu memang sudah tersedia kandungan-kandungan berkaitan e-dagang termasuk Job Street dan sebagainya,” katanya.

Jelas beliau lagi, pihaknya sedar terdapat keperluan untuk menaiktaraf perkhidmatan telekomunikasi di beberapa tempat di DUN Slim terutamanya di kawasan pedalaman.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    Thanks so much for the blog post.

  • Disqus ( )