Bila dah jadi kerajaan, Pas janji nak laksana Islam ansur-ansur pula

Bila dah jadi kerajaan, Pas janji nak laksana Islam ansur-ansur pula

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Pas akan laksana Islam secara beransur-ansur mengikut waqi’.


Menurutnya, Pas tetap bertekad memainkan peranan memartabatkan hukum hakam dan mengisi kemenangan Islam di negeri Perak.


Menurutnya, keberadaan Pas kini bersama dalam kerajaan negeri, bahkan juga kerajaan persekutuan adalah peluang untuk melaksanakan agenda Islam dan bukannya kepentingan peribadi.

“Kebanyakan kita yang berada di sini pernah berjuang sebagai bukan parti pemerintah. Dan (kini) perjuangan kita sebagai parti pemerintah telah memberikan perubahan yang sangat besar kepada (kaedah) perjuangan kita dalam memartabatkan hukum hakam Islam.

“(Tidak dinafikan) ada cabaran yang sangat besar dalam mengisi kemenangan Islam. Kita sekadar mempunyai dua orang Exco di Perak.

“Maka dalam kemampuan yang terbatas ini menjadikan cabaran kita sangat besar dan kita perlu tempuhi secara bersama,” katanya, lapor Harakahdaily.

Menurut beliau, Pas khususnya di Perak merupakan parti yang telah merasai dua fasa perjuangan di mana sebelum ini bertindak sebagai parti pembangkang dan kini pula sebagai parti kerajaan dalam gabungan Perikatan Nasional.

Beliau yang pernah didapati bersalah di mahkamah kerana memfitnah berkata, ahli Pas hendaklah bergerak secara jamaie bagi memanfaatkan kemampuan selaku parti pemerintah sebagai langkah permulaan melaksanakan Islam secara beransur-ansur mengikut suasana dan waqi’ semasa.

Razman turut mengingatkan seluruh ahli Pas khususnya pemimpin agar mengisi kemenangan dengan menunaikan tanggungjawab dan berlaku adil terhadap semua rakyat berpandukan hukum Allah dan Rasul-Nya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    I love looking through a post that can make people think. Also, many thanks for permitting me to comment!

  • Disqus ( )