BN guna Persatuan Mencegah Dadah Malaysia kempen PRK DUN Slim

BN guna Persatuan Mencegah Dadah Malaysia kempen PRK DUN Slim

BN telah menggunakan platform Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) untuk berkempen di DUN Slim.

Dalam satu muatnaik di laman Facebook rasmi PEMADAM Negeri Perak, pertubuhan yang bernaung di bawah kerajaan itu telah mengadakan program Home Visit dan Sembang Santai di Kg Changkat Sulaiman, Sungkai, Perak.

Program itu telah dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad serta Pengerusi PEMADAN Negeri Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin merangkap Ketua Wanita Umno Perak.

Turut bersama ialah Naib Pengerusi PEMADAM Negeri Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud serta Pengerusi PEMADAM Daerah dan Setiausaha PEMADAM Daerah.

Gambar yang dimuatnaik itu jelas kelihatan pemimpin-pemimpin tersebut memakai seragam BN.

Tindakan tersebut jelas melanggar etika dan integriti persatuan itu yang ditubuhkan untuk membasmi gejala dadah dalam kalangan masyarakat di negara ini.

CATEGORIES

COMMENTS