Kes salah guna kuasa: Najib kata simpati kepadanya bertambah

Kes salah guna kuasa: Najib kata simpati kepadanya bertambah

Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang terbukti bersalah atas kesalahan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram mendakwa simpati kepadanya bertambah.

Beliau berkata, strategi pihak-pihak tertentu memainkan isu kes mahkamah yang dikenakan terhadap pemimpin BN tidak memberi kesan kepada pengundi.

Sebaliknya, sambutan pengundi di DUN Slim terhadap program-program BN juga amat memberangsangkan.

“Itu memang dijangka. Mereka akan memainkan isu itu (keputusan mahkamah yang dikenakan terhadap beliau) tapi dalam kalangan pengundi mereka tak ambil kira soal itu.

“Saya tak fikir apa yang berlaku pada diri saya itu mempengaruhi keputusan PRK Slim, sebaliknya simpati rakyat bertambah,” kata Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Hari ini, Perak Insights melaporkan luahan pengundi di Dun Slim yang kecewa apabila BN membiarkan pemimpin yang didapati bersalah di mahkamah turun berkempen.

Kata seorang pengundi, ini membuktikan BN tidak sensitif terhadap gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Ini kerana, kata beliau, Najib telah pun dibuktikan bersalah dan sepatutnya semua pihak tidak terus memberikan sokongan dan ruang kepada pemimpin itu.

Pada 28 Julai lalu, Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah.

Beliau juga menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau tambahan lima tahun penjara jika gagal membayarnya kepada Ahli Parlimen Pekan itu bagi satu tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    bookmarked!!, I like your blog!

  • Disqus ( )