Pengundi DUN Slim kecewa BN bawa pesalah jenayah berkempen

Pengundi DUN Slim kecewa BN bawa pesalah jenayah berkempen

Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah turun sebanyak dua kali di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Slim bagi membantu kempen calon BN.

Biarpun telah didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram, beliau tanpa rasa bersalah untuk terus turun bersama membantu kempen BN.

Malah BN dan calonnya, Mohd Zaidi Aziz tanpa segan silu menyokong pemimpin itu dan membiarkan individu bersalah itu berkempen untuknya.

Menurut seorang pengundi DUN Slim, Azhar Abdul, tindakan BN membiarkan pemimpin tersebut turun berkempen membuktikan BN tidak sensitif terhadap gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Ini kerana, kata beliau, Najib telah pun dibuktikan bersalah dan sepatutnya semua pihak tidak terus memberikan sokongan dan ruang kepada pemimpin itu.

“Di mana integriti apabila tanpa rasa sensitif dan bersalah menyokong pemimpin yang terbukti oleh mahkamah atas tuduhan jenayah.

“Tidak wajar pemimpin yang telah khianat kepada negara ini diberikan ruang lagi untuk terus bermaharajalela.

“Calon BN tidak sepatutnya menyokong dan membiarkan dirinya disokong oleh pemimpin yang melakukan jenayah,” katanya kepada Perak Insights.

Azhar yang merupakan pengundi di SK Aminuddin Baki menjelaskan, tindakan ini mencerminkan bahawa BN tidak mengambil serius tentang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Ini kata beliau secara tidak langsung menggambarkan gejala rasuah dan salah guna kuasa ini seperti amalan biasa bagi BN.

“Jika pemimpin yang jelas membuat jenayah besar pun terus disokong oleh calon BN, tidak mustahil beliu juga akan membuat dan mengamalkan perkara yang sama,” katanya.

Pada 28 Julai lalu, Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah.

Beliau juga menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau tambahan lima tahun penjara jika gagal membayarnya kepada Ahli Parlimen Pekan itu bagi satu tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (6)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    Very good article! We are linking to this particularly great content on our site. Keep up the great writing.

  • comment-avatar

    […] Berita penuh : https://perakinsights.com/2020/08/21/pengundi-dun-slim-kecewa-bn-bawa-pesalah-jenayah-berkempen/ […]

  • Disqus (0 )