Dulu Peja larang, kini Muafakat Nasional dibenar salah guna dewan

Dulu Peja larang, kini Muafakat Nasional dibenar salah guna dewan

Gabungan parti kerajaan sama ada Perikatan Nasional, Barisan Nasional mahupun Muafakat Nasional tanpa segan silu menyalahgunakan premis kerajaan.

Semasa Kerajaan Pakatan Harapan memimpin Kerajaan Negeri Perak, larangan menggunakan dewan orang ramai untuk tujuan politik telah diangkat menjadi dasar kerajaan.

Dasar itu telah ditegaskan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu semasa mengetuai Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Perak.

Namun larangan itu tidak lagi digunapakai oleh kerajaan sekarang yang bebas menyalahgunakan premis kerajaann untuk tujuan politik.

Ini jelas dilihat sepanjang proses kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Slim yang mana Barisan Nasional bebas menggunakan dewan-dewan untuk mengadakan program kempen.

Antaranya program Ceramah 5 Setiausaha Agung Perikatan Nasional yang diadakan di Dewan Serbaguna Felda Trolak Utara yang berlangsung semalam.

Barisan Nasional juga akan menyalahgunakan Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River malam ini dengan menganjurkan Ceramah Muafakat Nasional.

Pelanggaran dasar kerajaan negeri yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan ini jelas direstui dan dihalalkan oleh Ahmad Faizal apabila tiada sebarang larangan dikenakan terhadap Barisan Nasional.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    I love looking through a post that can make people think. Also, many thanks for permitting me to comment!

  • Disqus ( )