PRK Slim: Pas wajibkan ahli undi BN

PRK Slim: Pas wajibkan ahli undi BN

Pas memberi arahan kepada ahli dan penyokongnya supaya mengundi calon BN, Mohd Zaidi Aziz pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kemenangan bergaya BN pada PRK DUN Slim amat penting dalam membuktikan rakyat mahukan kerajaan sedia ada dikekalkan.

Menurutnya, biarpun kemenangan di PRK DUN Slim tidak akan mengubah kedudukan kerajaan yang memerintah di Perak ini namun ia menjadi isyarat bahawa rakyat mahukan pemerintahan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Walaupun PRK, kita mengharapkan calon kita, Mohd Zaidi akan memungut undi yang terbanyak. Bagi pihak Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu Pas bertanding menjadikan tiga penjuru di DUN Slim ini. BN mendapat 8,327 (undi), Bersatu 6,144 (undi) dan Pas mendapat 4,103 undi.

“Jadi saya, selaku Setiausaha Agung Pas mengarahkan dan mewajibkan kepada kesemua penyokong, pengundi ahli-ahli Pas keluar mengundi calon BN yang mewakili kita semua,” katanya ketika berucap pada program Ceramah Bersama 5 Setiausaha Agung di Dewan Serbaguna Felda Trolak Utara, Sungkai, di sini, malam tadi.

Hadir sama pada program tersebut, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Takiyuddin Hasan; Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon dan Setiausaha Agung MIC, Datuk M Asojan.

Sumber: Sinar Harian

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    bookmarked!!, I like your blog!

  • Disqus ( )