Surat sokongan untuk jawatan anak, PH lapor polis terhadap tim menteri

Surat sokongan untuk jawatan anak, PH lapor polis terhadap tim menteri

Pemuda AMANAH Nasional dan Pemuda Pakatan Harapan (PH) hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berhubung isu surat sokongan bagi melantik anaknya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga.

Menurut Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin, amalan surat sokongan seolah-olah kembali menjadi norma baharu kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas dihapuskan sepanjang pentadbiran PH sebelum ini.

Tegasnya, sebelum ini sudah tular rakaman video memaparkan kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal yang memberi jaminan akan membantu ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dengan memberikan surat sokongan apabila mempunyai jawatan dalam parti dan kerajaan.



“Sebelum ini wujud juga video yang tular tentang Timbalan Menteri yang menyebut beliau (Wan Fayhsal) boleh memberi surat sokongan.

“Adakah ia telah menjadi satu budaya yang telah pun tiada sepanjang 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH)?

“Tetapi hari ini cara seakan-akan norma baharu pula kepada kerajaan hari ini untuk mereka mendapatkan sesuatu perkara,” katanya kepada pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, Slim River hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial salinan surat sokongan bertarikh 5 Jun lalu ditulis Ikmal Hisham yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah meminta anaknya, Ikmal Hazlan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga.

Surat itu mengandungi tulisan tangan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diminitkan kepada Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengatakan bersetuju dengan cadangan tersebut.

Patut malu

Mengulas lanjut, Shazni berkata, menteri dan timbalan kerajaan PH hari ini wajar malu dengan amalan surat sokongan yang merupakan di luar prosedur sepatutnya.

“Kita risau di peringkat penjawat awam mereka melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan baik.

“Tiadakah perasaan malu di peringkat menteri dan timbalan menteri terhadap penjawat-penjawat awam yang lain?

“Kalau pun mereka tidak malu kepada rakyat, sekurang-kurangnya mereka patut malu kepada penjawat awam yang bekerja dengan mereka.

“Sebabnya, tiada mana-mana pun dalam prosedur untuk meletakkan seseorang dalam agensi kerajaan,” kata Shazni.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa menyiasat salah laku ini secara menyeluruh memandangkan bukti amalan tersebut sudah pun wujud.

“Buktinya sudah jelas melalui surat tersebut. Menteri pun beri respon tidak semestinya dapat.

“Ini memberikan petunjuk bahawa surat permohonan itu sememangnya wujud. Jadi, apa tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada timbalan menteri berkenaan?” soal Shazni lagi.

Sumber: Malaysia Dateline

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (6)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    I used to be able to find good info from your blog posts.

  • comment-avatar

    Thank you for every other informative blog. The place else could I am getting that type of info written in such a perfect approach?
    I have a challenge that I am simply now operating on, and I’ve been on the look out for such info.

  • Disqus ( )