Budaya lama BN guna platform kerajaan semasa berkempen sudah kembali

Budaya lama BN guna platform kerajaan semasa berkempen sudah kembali

Semalam telah tular di media sosial, Barisan Nasional (BN) menggunakan platfrom Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) semasa kempen di PRK SLIM yang dimuat naik di laman facebook rasmi PEMADAM Negeri Perak, kini tular pula aktiviti kempen menggunakan platform Majis Daerah Tanjung Malim.

Gambar yang menujukan dewan Majlis Daerah Tanjung Malim, di Kg. Baru Slim River jelas terpampang sepanduk Bilik Gerakan PDM Pekan Slim Piliharaya Kecil N058 SLIM. Turut dilihat YDP Majlis Daerah Tanjung Malim, duduk bersama jentera parti yang sedang berkempen di sebuah restoran sekitar kawasan Slim River. Gambar yang dimuatnaik itu jelas kelihatan beberapa pemimpin-pemimpin tersebut memakai seragam BN.

Tindakan itu jelas bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam dan ianya merupakan penyalahgunaan kuasa apabila dilihat bersama secara langsung semasa kempen PRK Slim diadakan. Perkara ini bertepatan dengan hasrat kerajaan supaya penjawat awam tidak terlibat atau terpengaruh dengan sentimen politik kepartian dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Penjawat awam tidak seharusnya terbabit dalam sebarang kempen parti politik apatah lagi berkempen secara terbuka untuk BN.

AMK Perak berharap agar budaya lama ini dihentikan dan gesaan ini diambil secara serius, sepatutnya mereka sedar garisan pemisah di antara institusi kerajaan dan parti politik dan ianya akan memberikan gambaran yang negatif kepada masyarakat umum.

ASHRAF KAHASANI
Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Perak

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I always spent my half an hour to read this web site’s articles or reviews daily along with a mug of coffee.

  • comment-avatar

    bookmarked!!, I like your blog!

  • Disqus ( )