Ceramah Zahid-Hadi di DUN Slim hambar!

Ceramah Zahid-Hadi di DUN Slim hambar!

Ceramah Perdana Muafakat Nasional yang diadakan di Dun Slim semalam hambar apabila hanya dihadiri oleh jentera Pas dan Umno yang majoritinya daripada luar.

Biarpun dihadiri dua tokoh besar iaitu Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, namun ia gagal menarik kehadiran pengundi di Dun Slim.

Program yang diadakan di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River iaitu dewan milik kerajaan itu berlangsung suram dan tidak dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat.

Melihat kepada gambar dan video yang disebarkan, ternyata yang hadir hanyalah yang berpakaian seragam parti masing-masing sama ada Pas atau Umno yang menggambarkan ia bukanlah dari kalangan pengundi.

Turut hadir dalam program itu ialah Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; Pengerusi Umno Perak, Dato Saarani Mohamad dan wakil rakyat serta pimpinan Pas dan Umno.


Dihadiri oleh pimpinan tertinggi Muafakat Nasional, namun gagal menarik sokongan pengundi untuk hadir


Kelihatan ramai jentera yang majoritinya adalah daripada luar

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    Very good article! We are linking to this particularly great content on our site. Keep up the great writing.

  • Disqus ( )