Akibat kontroversi Pas, JAIPk bagi amaran jangan guna masjid untuk politik!

Akibat kontroversi Pas, JAIPk bagi amaran jangan guna masjid untuk politik!

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengingatkan parti politik supaya tidak menyalahgunakan masjid dan surau untuk sebarang aktiviti berbentuk politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim itu.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, jawatankuasa masjid dan surau juga perlu peka terhadap perkara sama terutama dalam tempoh berkempen sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN yang sedang berlangsung itu.

“Pohon kerjasama pengerusi masjid dan surau di kawasan PRK DUN Slim agar tidak membenarkan sebarang aktiviti politik khususnya kempen pilihan raya.

“Parti politik juga diingatkan tidak menggunakan premis berkenaan bagi maksud tertentu.

“Ini peringatan yang berulang kali disebut mengenai titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang melarang penggunaan masjid dan surau dalam hal yang melibatkan politik kepartian,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Pada Mei tahun lalu, Sultan Nazrin menitahkan agar masjid dan surau di negeri ini tidak disalahgunakan pihak tertentu untuk tujuan politik dengan mengadakan program serta menggantung sepanduk tertera logo politik.

Perak Insight hari ini melaporkan Penceramah Pas, Abdullah Khairi mendedahkan, beliau telah menggunakan platform kuliah di masjid untuk berkempen untuk BN di PRK Dun Slim.

Ketika berceramah di Masjid Trolak Utara, beliau telah bercerita hingga jemaah-jemaah yang hadir di masjid tersebut teriak (menangis).

Selepas itu, beliau menyuruh jemaah-jemaah masjid supaya mengundi BN pada PRK ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar

    I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

  • comment-avatar

    I really like and appreciate your blog post.

  • comment-avatar

    Thanks for fantastic info I was looking for this info for my mission.

  • comment-avatar

    bookmarked!!, I like your blog!

  • Disqus ( )