Exco Pas anjur program kerajaan di PRK Dun Slim

Exco Pas anjur program kerajaan di PRK Dun Slim

Kerajaan Negeri Perak melalui Exco daripada Pas telah menganjurkan program Kempen Bina Potensi Anak Muda di kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Slim.

Program tersebut dipercayai sebagai platform kempen sempena bagi memenangkan calon BN, Mohd Zaidi Aziz.

Namun begitu ada juga yang mengatakan ia hanya kebetulan sahaja, bukan berniat untuk berkempen.

Ia dianjurkan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di bawah seliaan portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri, Razman Zakaria.

Program itu telah dirasmikan oleh Razman yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Perak.

Ia turut disertai oleh pimpinan dan penyokong Pas yang hadir memakai baju yang berlambang Pas.

Kehadiran peserta dari kalangan anak muda tidaklah begitu ramai, namun dipenuhkan oleh penyokong dan pimpinan Pas yang tanpa rasa bersalah memakai seragam parti politik di dalam program kerajaan.

Bercakap tentang program tersebut, Razman berkata, generasi muda pada zaman ini yang menjadi cerminan masa depan negara bermakna penerapan pembangunan modal insan perlu dipupuk lebih awal sebagai persediaan golongan itu menghadapi cabaran akan datang.

Katanya, kerajaan negeri berhasrat membawa agenda pembangunan anak muda ke peringkat lebih tinggi.

Atas dasar itu katanya, Akademi Bina Insan akan menjadi penyelaras bagi aktiviti pembangunan modal insan anjuran oleh kerajaan negeri.

“Pelbagai kelompok dan latar belakang anak muda akan dilibatkan dalam sebarang aktiviti di bawah akademi ini tanpa mengira sempadan politik, fahaman agama, bangsa dan warna kulit.

“Akademi ini akan menjadi salah satu pemangkin kepada era kebangkitan dan kemajuan anak muda di negeri Perak dengan melatih anak muda untuk menjadi tonggak utama pembangunan sosioekonomi di negeri kita,” jelas beliau.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    These are actually great ideas in concerning blogging.

  • comment-avatar

    I am regular visitor, how are you everybody? This article posted at this web site is in fact pleasant.

  • comment-avatar

    Very good article! We are linking to this particularly great content on our site. Keep up the great writing.

  • Disqus ( )