Kempen di masjid: Pas parti degil, tidak ikut arahan Sultan

Kempen di masjid: Pas parti degil, tidak ikut arahan Sultan

Bekas exco jawatankuasa agama dan pendidikan Islam Perak Asmuni Awi menyifatkan bahawa PAS “sebuah parti yang degil” dan tidak mengikut arahan.

Pemimpin AMANAH itu berkata demikian sebagai merujuk laporan seorang penceramah Pas berkempen di masjid.

“Pagi tadi dapat laporan seorang individu bernama Abdullah Khairi di mana beliau mengaku guna masjid untuk kempen politik. Dan kalau betul, ini perkara amat dikesali dan melanggar peraturan yang terdapat di negeri Perak ini.

“Penggiat PAS ini telah berkempen dan menyeru hadirin masjid untuk beri sokongan pada calon BN. Ini merupakan terang-terang langgar arahan.

“PAS ini parti yang degil yang tidak mahu mengikut arahan. Menteri mereka pun langgar peraturan,” katanya pemberita di Slim Perdana, Perak hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdullah Khairi, seorang penceramah terkenal dalam kalangan penyokong PAS yang mengaku secara terbuka menggunakan masjid sebagai tempat menyebarkan kempen politik, khususnya untuk memenangkan calon BN Mohd Zaidi Aziz di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Pada ceramah itu, kata Abdullah dia – yang mengakui pandai menggunakan psikologi – membuatkan orang ramai yang hadir “teghiak” (menangis).

“Lepas bagi depa teghiak, last (akhir) sekali (bagi pesanan): ‘Tuan-tuan jangan lupa pangkah N58, Ustaz Mohd Zaidi.’

Untuk rekod pada Mei 2019 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pernah menitahkan agar tiada sebarang ceramah atau program politik diadakan di masjid dan surau di negeri itu.

Malah baginda menitahkan agar pengerusi jawatankuasa masjid dan surau yang membenarkan premis mereka digunakan untuk program parti politik agar digantung tugas sementara siasatan dijalankan.

Asmuni yang juga Adun Manjoi berkata bahawa beliau berharap Majlis Agama Islam Perak akan meluluskan peraturan penggunaan surau untuk aktiviti politik.

“Majlis Agama telah bincang satu panduan penggunaan surau unuk aktiviti politik. Saya yakin selepas itu, peraturan diluluskan,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Good one! Interesting article over here. It’s pretty worth enough for me.

  • comment-avatar

    bookmarked!!, I like your blog!

  • Disqus ( )