Penceramah Pas bagi jemaah masjid teriak suruh pangkah BN

Penceramah Pas bagi jemaah masjid teriak suruh pangkah BN

PRK SLIM | Penceramah Pas, Abdullah Khairi mendedahkan, beliau telah menggunakan platform kuliah di masjid untuk berkempen untuk BN di PRK Dun Slim.

Menurutnya, ketika berceramah di Masjid Trolak Utara, beliau telah bercerita hingga jemaah-jemaah yang hadir di masjid tersebut teriak (menangis).

Selepas itu, beliau menyuruh jemaah-jemaah masjid supaya mengundi BN pada PRK ini.

“Saya tadi di Masjid Trolak Utara, ramai orang hadir di masjid itu. Saya cerita bagi (jemaah-jemaah) teriak, kita pandai buat psikologi sebab saya mahir (psikologi).

“Lepas bagi teriak, tuan puan jangan lupa pangkah N58 Ustaz Mohd Zaidi.

“Semua terkejut. Ustaz kempen? Eh memang ustaz kempen pun,” katanya ketika menceritakannya di sebuah ceramah sejurus beliau menyampaikan kuliah di Masjid Trolak Utara.

Jelasnya, ini adalah cara Pas buat kerja untuk memenangkan calon BN.

Tindakan tersebut jelas mengingkari titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menzahirkan ketegasan baginda agar tidak menjadikan platform masjid dan surau sebagai pentas politik.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • Disqus (0 )