Penipuan menteri kewangan PN terdedah!

Penipuan menteri kewangan PN terdedah!

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng, hari ini mendedahkan apa yang disifatkannya sebagi penipuan besar kerajaan Perikataan Nasional semasa Menteri kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menyenaraikan 101 kontrak kerajaan bernilai RM6.61 bilion yang diberikan oleh pentadbiran Pakatan Harapan melalui rundingan terus.

Katanya, penipuan pertama adalah bahawa projek rundingan terus PH bukannya 1.4 peratus atau RM6.61 bilion daripada keseluruhan perolehan kerajaan tetapi hanya 0.07 peratus atau RM352 juta.

“Kebanyakan projek rundingan terus bukan inisiatif daripada PH tetapi adalah projek yang diwarisi atau sambuingan dari zaman BN.

“Bezanya, PH telah meneruskan projek-projek ini dengan pemotongan kos yang menghasilkan penjimatan yang ketara.

“Apa yang mengejutkan rupa-rupanya, projek rundingan terus di bawah iniasiatif PH bukan RM6.61 bilion seperti yang diuar-uarkan tetapi sebenarnya RM352 juta. Baki RM6.258 bilion ialah projek diwarisi dan sambungan dari zaman BN yang terpaksa diteruskan PH,” katanya.

Lim berkata demikian pada sidang akhbar di luar Dewan Rakyat hari ini.

Dalam kata lain, menurutnya, semasa pentadbiran selama 22 bulan PH, sebanyak 99.93 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan telah ditawarkan melalui kaedah tender dan bukannya rundingan terus.

“Penipuan kedua ialah meletakkan projek BN sebanyak RM6.258 bilion sebagai projek rundingan terus zaman PH yang hanya RM352 juta sahaja untuk menjadikan jumlahnya konon RM6.61 bilion.

“Keraguan kami ternyata telah ternyata dan terbukti dengan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang didedahkan oleh kementerian kewangan semalam,” katanya.

Lim berkata, penipuan ketiga ialah usaha Zafrul untuk menutup hakikat bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri PH yang berpaling tadah menyertai PN juga ada meminta projek rundingan terus.

Namun katanya, semua mereka menafikannya di Parlimen dan dalam kenyataan akhbar. Walau bagaimanapun, pembohongan mereka dibongkar dengan pendedahan Zafrul semalam.

“Kementerian Dalam Negeri (Muhyiddin Yassin) meminta RM517.7 juta.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Zuraida Kamaruddin) meminta RM170.8 juta.

“Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (Azmin Ali) meminta RM1.2 juta; dan

“Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Rina Harun) meminta RM7.6 juta,” katanya.

Sebagai kesimpulan, Lim berkata biar rakyat membuat penilian sendiri tentang kerajaan mana yang mendokong prinsip akauntabiliti dan ketelusan.

“Biar fakta berbicara dengan sendirinya. Berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar,” kata Lim.

Sumber: Malaysiakini

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Thank you for publishing this awesome article.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    bookmarked!!, I like your blog!

  • Disqus ( )