‘Tanya Umno, kenapa kekasihnya bercinta dengan orang lain?’

‘Tanya Umno, kenapa kekasihnya bercinta dengan orang lain?’

Penyertaan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) diumpamakan seperti kekasih yang meninggalkan pasangan kerana ingin bercinta dengan orang lain.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, gambaran itu diberikan kerana selama ini parti itu berpendirian untuk bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).

“Kita kena tanya kepada UMNO, kenapa kekasihnya itu pergi bercinta dengan orang lain, sedangkan persetujuan berkahwin telah dibuat bersama..ibarat ada dua cinta pula,” katanya kepada pemberita hari ini, lapor Sinar Harian.

Beliau ketika demikian ketika diminta memberi pandangan ketiadaan UMNO dalam PN sedangkan Pas telah bersetuju untuk bersama dalam gabungan itu.

Salahuddin yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, situasi politik baharu Pas itu yang bersama UMNO dalam Muafakat Nasional dan menyertai gabungan PN tanpa kehadiran UMNO adalah sesuatu yang menarik untuk diteliti.

“Itu juga satu perangai Pas yang harus saya dan kawan-kawan saya teliti..dulu tak macam ni,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (5)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I like the valuable information you provide in your articles.

  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    Very good article! We are linking to this particularly great content on our site. Keep up the great writing.

  • Disqus ( )